Thursday 12 April 2012



KESENGGANGAN

Kesenggangan merupakan satu bentuk aktiviti yang telah digunakan oleh manusia untuk
bermain, melepaskan tekanan atau keletihan daripada aktiviti kerja. Ianya tergolong di
dalam konsep kesenggangan, istilah ini diterjemahkan dari perkataan Inggeris “leisure”.
Kehidupan masyarakat secara tradisi telah secara langsung mewujudkan satu institusi
kesenggangan yang memainkan peranan memberikan ruang untuk beraktiviti.

Dari segi istilah leisure itu berasal dari kata Latin licere, yang membawa maksud ‘untuk
menjadi bebas'. Dari perkataan licere itu maka timbul pula istilah loisir dalam bahasa
Perancis yang bermaksud ‘membenarkan', dan kata license (bermakna bebas untuk
menyeleweng dari peraturan, amalan dan sebagainya) dalam bahasa Inggeris. Kesemua
kata-kata ini adalah berkaitan, menyarankan kebebasan atau memberikan pilihan dan
ketiadaan paksaan.

Berdasarkan istilah Greek Tua leisure adalah “schole” yang bermakna aktiviti yang serius
tanpa tekanan keperluan. Kata school dalam bahasa Inggeris adalah berasal dari kata
Greek untuk leisure tersebut. Dengan itu is membawa implikasi bahawa ada hubungan
yang rapat di antara leisure atau kesenggangan dengan pendidikan.

Jean Mundy dan Linda Odum ketika dalam aktiviti senggang, individu bebas memilih
kesempatan yang memberikan suatu pengalaman yang boleh memenuhi kehendak
individu pada ketika itu. Kehendak itu pula perlu mampu memenuhi keinginan dan
keperluannya. Ini bermakna situasi ini dilihat memberikan ruang yang membenarkan.
seseorang memilih untuk beraktiviti secara bebas tanpa halangan.

KONSEP KESENGGANGAN

Kesenggangan merupakan satu bentuk aktiviti yang mempunyai perkaitan rapat di antara
rekreasi dan konsep bermain (play). Ketiga-tiganya memiliki elemen dan ciri-ciri yang
saling memerlukan di antara satu sama lain. Berdasarkan dari definisi Torkildsen (1992),
Edington (1978) dan Murphy (1990) terdapat kesamaan dalam hujah mereka mengenai
kesenggangan. Menurut mereka kesenggangan memiliki ciri-ciri seperti berikut:



(a) Berkait masa
(b) Masa terluang
(c) Sebagai satu aktiviti
(d) Satu aktiviti yang menyenangkan
(e) Memiliki konsep yang menyeluruh “holistic”
(f) Sebagai satu cara hidup
(g)Simbol taraf sosial


CONTOH AKTIVITI KESENGGANGAN

  1. Bermain Skuter
  2. Berbasikal
  3. Membaca
  4. Melukis
  5. Bermain layang-layang
  6. dll


No comments:

Post a Comment