Thursday 12 April 2012


AKTIVITI REKREASI DAN KESENGGANGAN

Setelah anda memahami akan ciri-ciri dan konsep rekreasi dan kesenggangan, anda akan
diperkenalkan dengan beberapa aktiviti yang popular dijalankan oleh komuniti aktiviti
rekreasi dan kesenggangan di Malaysia

AKTIVITI REKREASI LUAR


Definisi rekreasi luar ini mudah dijelaskan kerana aktiviti ini mengaitkan sebarang kegiatan
yang dilaksanakan di luar atau berlatarbelakangkan alam sekitar. Dari aspek jenis aktiviti
ianya merangkumi spektrum aktiviti yang amat luas.


BERKHEMAH




Perkhemahan adalah salah satu komponen aktiviti dalam aktiviti rekreasi. Ianya
merupakan satu aktiviti yang terancang yang disusun untuk mencapai matlamat
yang dinginkan. Aktiviti ini memerlukan anda berada di persekitaran yang berbeza
dari kehidupan biasa. Anda perlu meninggalkan keperluan yang biasa anda gunakan
di rumah dan perlu menyesuaikan diri dengan keadaan aktiviti perkhemahan yang tidak memungkinkan anda membawa segala peralatan yang sama seperti di rumah.
Anda akan berada dekat dengan alam sekitar dan ianya merupakan satu aktiviti
yang menyegarkan.


BERBASIKAL BUKIT


Berbasikal bukit ini merupakan satu aktiviti yang memerlukan kemahiran
pengendalian basikal bukit yang berkesan dan cekap. Ianya tidak sama seperti
perlumbaan atau aktiviti basikal lain kerana aktiviti basikal bukit ini melibatkan laluan-
laluan semula jadi yang mencabar seperti berbukit-bukit, sempit, curam dan
sebagainya. Basikal yang digunakan juga berbeza dari pada basikal biasa yang
digunakan kerana sifat aktivitinya yang lasak.


KAYAK


Aktiviti kayak adalah satu aktiviti yang memerlukan anda mengemudi kayak di atas
air dengan mengaplikasikan kaedah dan teknik yang paling mudah digunakan. Ianya
memerlukan latihan dan kemahiran bagi mengemudi sebuah kayak.


MENDAKI TEMBOK TIRUAN DAN SEMULA JADI




Aktiviti mendaki tembok tiruan dan tembok semula jadi ini adalah merupakan salah
satu aktiviti rekreasi yang popular masa kini. Aktiviti ini memerlukan kemahiran
peserta untuk menggunakan kekuatan tangan dan teknik yang betul untuk sampai ke
puncak. Aktiviti ini menggunakan tembok tiruan yang dilengkapi dengan tombol
meletak tangan (hand hold) dan kaki (foot hold). Bagi permukaan tembok semula jadi
pula ianya memerlukan peralatan khas yang digunakan sebagai “anchor” untuk
meletak “Pitons” sejenis alat yang membantu melekatkan karabiner dari jenis “snap
gate”. Antara peralatan lain diperlukan adalah seperti harness, tali, karabiner, chalk
bag dan kasut mendaki. Bagi tujuan pertandingan terdapat pelbagai tembok yang
memiliki tahap kesukaran (difficulty) yang berbeza untuk menambahkan cabaran
aktiviti ini. Aktiviti ini juga boleh dilakukan di luar dengan menggunakan tembok-
tembok semula jadi seperti permukaan gunung batu kapur dan ianya lebih mencabar
berbanding memanjat tembok tiruan.




No comments:

Post a Comment