Thursday 12 April 2012

KEPENTINGAN REKREASI DAN KESENGGANGAN

1. Pembentukan Personaliti
# Membentuk sikap yakin diri, berdikari dan berani


2. Kepimpinan
# Memupuk sikap bertanggungajawab dan prihatin


3. Dinamika Kumpulan
# Melatih seseorang untuk bekerjasama dengan ahli kumpulan yang lain
# melatih untuk menjadi pemimpin


4. Meningkatkan Kecergasan
# Melalui penglibatan seseorang mengikuti aktiviti fizikal, dia mampu meningkatkan kecergasan diri


5. Sosiolisasi
# Kita dapat melibatkan diri dalam sebuah organisasi yang dianjurkan oleh sebuah pihak
# Memberi peluang untuk kita mengenali orang lain
# Mendapat pengalaman baru 


6. Pembangunan insan
# Melahirkan insan yang berani menghadapi risiko di masa akan datang

AKTIVITI REKREASI DAN KESENGGANGAN

Setelah anda memahami akan ciri-ciri dan konsep rekreasi dan kesenggangan, anda akan
diperkenalkan dengan beberapa aktiviti yang popular dijalankan oleh komuniti aktiviti
rekreasi dan kesenggangan di Malaysia

AKTIVITI REKREASI LUAR


Definisi rekreasi luar ini mudah dijelaskan kerana aktiviti ini mengaitkan sebarang kegiatan
yang dilaksanakan di luar atau berlatarbelakangkan alam sekitar. Dari aspek jenis aktiviti
ianya merangkumi spektrum aktiviti yang amat luas.


BERKHEMAH




Perkhemahan adalah salah satu komponen aktiviti dalam aktiviti rekreasi. Ianya
merupakan satu aktiviti yang terancang yang disusun untuk mencapai matlamat
yang dinginkan. Aktiviti ini memerlukan anda berada di persekitaran yang berbeza
dari kehidupan biasa. Anda perlu meninggalkan keperluan yang biasa anda gunakan
di rumah dan perlu menyesuaikan diri dengan keadaan aktiviti perkhemahan yang tidak memungkinkan anda membawa segala peralatan yang sama seperti di rumah.
Anda akan berada dekat dengan alam sekitar dan ianya merupakan satu aktiviti
yang menyegarkan.


BERBASIKAL BUKIT


Berbasikal bukit ini merupakan satu aktiviti yang memerlukan kemahiran
pengendalian basikal bukit yang berkesan dan cekap. Ianya tidak sama seperti
perlumbaan atau aktiviti basikal lain kerana aktiviti basikal bukit ini melibatkan laluan-
laluan semula jadi yang mencabar seperti berbukit-bukit, sempit, curam dan
sebagainya. Basikal yang digunakan juga berbeza dari pada basikal biasa yang
digunakan kerana sifat aktivitinya yang lasak.


KAYAK


Aktiviti kayak adalah satu aktiviti yang memerlukan anda mengemudi kayak di atas
air dengan mengaplikasikan kaedah dan teknik yang paling mudah digunakan. Ianya
memerlukan latihan dan kemahiran bagi mengemudi sebuah kayak.


MENDAKI TEMBOK TIRUAN DAN SEMULA JADI




Aktiviti mendaki tembok tiruan dan tembok semula jadi ini adalah merupakan salah
satu aktiviti rekreasi yang popular masa kini. Aktiviti ini memerlukan kemahiran
peserta untuk menggunakan kekuatan tangan dan teknik yang betul untuk sampai ke
puncak. Aktiviti ini menggunakan tembok tiruan yang dilengkapi dengan tombol
meletak tangan (hand hold) dan kaki (foot hold). Bagi permukaan tembok semula jadi
pula ianya memerlukan peralatan khas yang digunakan sebagai “anchor” untuk
meletak “Pitons” sejenis alat yang membantu melekatkan karabiner dari jenis “snap
gate”. Antara peralatan lain diperlukan adalah seperti harness, tali, karabiner, chalk
bag dan kasut mendaki. Bagi tujuan pertandingan terdapat pelbagai tembok yang
memiliki tahap kesukaran (difficulty) yang berbeza untuk menambahkan cabaran
aktiviti ini. Aktiviti ini juga boleh dilakukan di luar dengan menggunakan tembok-
tembok semula jadi seperti permukaan gunung batu kapur dan ianya lebih mencabar
berbanding memanjat tembok tiruan.






KESENGGANGAN

Kesenggangan merupakan satu bentuk aktiviti yang telah digunakan oleh manusia untuk
bermain, melepaskan tekanan atau keletihan daripada aktiviti kerja. Ianya tergolong di
dalam konsep kesenggangan, istilah ini diterjemahkan dari perkataan Inggeris “leisure”.
Kehidupan masyarakat secara tradisi telah secara langsung mewujudkan satu institusi
kesenggangan yang memainkan peranan memberikan ruang untuk beraktiviti.

Dari segi istilah leisure itu berasal dari kata Latin licere, yang membawa maksud ‘untuk
menjadi bebas'. Dari perkataan licere itu maka timbul pula istilah loisir dalam bahasa
Perancis yang bermaksud ‘membenarkan', dan kata license (bermakna bebas untuk
menyeleweng dari peraturan, amalan dan sebagainya) dalam bahasa Inggeris. Kesemua
kata-kata ini adalah berkaitan, menyarankan kebebasan atau memberikan pilihan dan
ketiadaan paksaan.

Berdasarkan istilah Greek Tua leisure adalah “schole” yang bermakna aktiviti yang serius
tanpa tekanan keperluan. Kata school dalam bahasa Inggeris adalah berasal dari kata
Greek untuk leisure tersebut. Dengan itu is membawa implikasi bahawa ada hubungan
yang rapat di antara leisure atau kesenggangan dengan pendidikan.

Jean Mundy dan Linda Odum ketika dalam aktiviti senggang, individu bebas memilih
kesempatan yang memberikan suatu pengalaman yang boleh memenuhi kehendak
individu pada ketika itu. Kehendak itu pula perlu mampu memenuhi keinginan dan
keperluannya. Ini bermakna situasi ini dilihat memberikan ruang yang membenarkan.
seseorang memilih untuk beraktiviti secara bebas tanpa halangan.

KONSEP KESENGGANGAN

Kesenggangan merupakan satu bentuk aktiviti yang mempunyai perkaitan rapat di antara
rekreasi dan konsep bermain (play). Ketiga-tiganya memiliki elemen dan ciri-ciri yang
saling memerlukan di antara satu sama lain. Berdasarkan dari definisi Torkildsen (1992),
Edington (1978) dan Murphy (1990) terdapat kesamaan dalam hujah mereka mengenai
kesenggangan. Menurut mereka kesenggangan memiliki ciri-ciri seperti berikut:



(a) Berkait masa
(b) Masa terluang
(c) Sebagai satu aktiviti
(d) Satu aktiviti yang menyenangkan
(e) Memiliki konsep yang menyeluruh “holistic”
(f) Sebagai satu cara hidup
(g)Simbol taraf sosial


CONTOH AKTIVITI KESENGGANGAN

  1. Bermain Skuter
  2. Berbasikal
  3. Membaca
  4. Melukis
  5. Bermain layang-layang
  6. dll




KESAN DAN ABILITI REKREASI

Antara hasil yang boleh dapat dinikmati oleh seseorang selepas melakukan aktiviti
rekreasi adalah seperti berikut:


Kegembiraan dan Keseronokan
Melalui aktiviti rekreasi dan boleh merasai keseronokan dan mengalami pengalaman
baru.


Kepuasan
Apabila anda telah berasa gembira dan seronok, anda boleh merasakan kepuasan
atas penglibatan dan pengalaman yang dilalui


Keseimbangan
Melakukan aktiviti rekreasi ianya dapat mewujudkan keseimbangan di antara
tekanan kerja dan beraktiviti melalui rekreasi


Pembinaan Sikap
Melalui rekreasi juga seseorang itu dapat membina sikap yang baik seperti bertolak
ansur, bekerjasama, berbudi bahasa dan mampu membina kestabilan emosi.


Pembelajaran
Melalui aktiviti rekreasi anda boleh mempelajari pelbagai perkara baru yang
diperolehi sepanjang aktiviti dan ianya dapat membentuk memperkembangkan daya
pemikirannya


Kebebasan
Rekreasi memiliki ciri-ciri tiada wujud sebarang unsur paksaan atau tekanan ketika
melakukan aktiviti rekreasi. Oleh yang demikian rekreasi dapat membantu anda
menikmati kebebasan dan menentukan hala tuju aktiviti.


KONSEP, DEFINISI DAN KEPENTINGAN REKREASI DAN
KESENGGANGAN

REKREASI


Rekreasi banyak berkait dengan penggunaan masa. Masa digunakan manusia bagi
memenuhi pelbagai kehendak dan keperluan asas manusia seperti untuk makan, minum
dan tidur, keperluan hidup melakukan pelbagai jenis pekerjaan, dan keperluan untuk
berehat. Masa yang dimaksudkan ini boleh didefinisikan sebagai waktu lapang, iaitu waktu
yang wujud untuk manusia bebas melakukan apa sahaja dengan kemahuan mereka
sendiri. Aktiviti yang dilakukan pula bebas dari sebarang unsur-unsur paksaan. Aktiviti
rekreasi adalah merupakan komponen pelbagai bentuk aktiviti ruang dipilih manusia untuk
mengisi masa lapang mereka.

Berikut adalah antara beberapa teori yang anda boleh kaitkan mengenai rekreasi dan
memudahkan anda memahaminya:

(a) Membantu mewujudkan kesejahteraan kesihatan melalui rekreasi

(b) Lebihan tenaga yang boleh disalurkan untuk berekreasi

(c) Wujud pendekatan penggunaan pergerakan fizikal

(d) Pelaksanaan aktiviti tanpa paksaan dan menurut naluri sendiri

(e) Membantu melepaskan tekanan dan pelepasan emosi terkurung

(f) Mampu mengembalikan kesegaran tenaga (energy restoration)

(g) Membantu dalam penglahiran rasa (self expression).

Para penggiat rekreasi menggariskan bahawa rekreasi adalah aktiviti, terutamanya aktiviti
fizikal, yang mempunyai ciri berikut:

(a) Coraknya beraneka

(b) Aktiviti ini boleh dilakukan secara berseorangan atau berkumpulan

(c) Penyegaran jasmani dan rohani

(d) Perlaksanaan atau penyertaan seseorang dalam aktiviti ini adalah secara sukarela

(e) Masa dilakukannya adalah di luar masa bertugas

(f) Tiada sebarang jadual waktu untuk melakukan aktiviti itu

(g) Aktiviti yang dilakukan oleh seseorang itu seharusnya berlainan corak daripada
aktiviti tugasnya yang lazim

(h) Selain daripada untuk mengisi masa lapang luar tugas, aktiviti ini juga bertujuan
menjadikan seseorang itu melupakan buat sementara waktu dan tekanan kerja
sehariannya.

Rekreasi perlu dilihat sebagai satu aktiviti yang terancang dan mampu memenuhi masa
lapang. Rekreasi merupakan aktiviti yang dipilih secara sukarela bertujuan untuk
mendapat keseronokan, ketenangan minda dan merehatkan badan. Dalam aktiviti rekreasi
tiada peraturan tertentu yang piawai digunakan. Aktiviti rekreasi boleh dijalankan dan
diberhentikan bila-bila masa dan dalam bentuk sejagat. Rekreasi adalah kehidupan di luar
rutin harian dan memberi kesan yang positif terhadap aspek jasmani emosi dan rohani dan
intelektual.


PENGENALAN 


Rekreasi dan kesenggangan bukanlah satu aktiviti baru dalam kehidupan manusia.
Sejak zaman dahulu kala, manusia sentiasa akan merasa istirahat dan kegembiraan
walaupun sejenak. Pengalaman beraktiviti ini akan berbeza dari seorang dengan yang
lain. Setiap manusia mempunyai variasi dan kepelbagaian dalam memilih aktiviti rekreasi
dan kesenggangan. Ianya mempunyai perkaitan dengan istirahat dan kegembiraan
melalui pengaruh persekitaran yang ada. Kesemua peristiwa, pengalaman dan tempat
di mana istirahat dan kegembiraan itu terjadi, dari segi sejarahnya adalah berbeza antara
seseorang dan antara satu kelompok budaya dengan yang lain.